ARTIKEL SEBELUM

26/11/12

'Kami Guna Billboard La Sebab Kebebasan Media Kerajaan Disekat' - Exco Kedah



ALOR SETAR – Kerajaan negeri menggunakan billboard sebagai salah satu pendekatan untuk memberi penerangan kepada rakyat.


“Bila lihat billboard terpampang di seluruh negeri, mereka (rakyat) sedikit sebanyak mendapat maklumat apakah perubahan dan pembangunan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri, dan harga untuk satu billboard adalah RM1500 termasuk kos pemasangan," demikian penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Penerangan dan Pembangunan Insan, YB Ustaz Abd Ghani Ahmad pada sesi penggulungan Mesyuarat Bajet 2013.

Menyedari kepentingan billboard sebagai mediun penyebaran maklmat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional turut bersetuju untuk menggunakannya jika mereka dapat memerintah semula negeri Kedah.
“Kami juga akan guna billboard untuk cerita pasal apa yang dibuat oleh kerajaan bila perintah semula,” kata ADUN Ayer Hangat, YB Mohd Rawi Abdul Hamid.

Tambah YB Ustaz Abd Ghani, adalah tidak adil kepada kerajaan Pakatan Rakyat apabila hak kebebasan media telah disekat oleh kerajaan persekutuan.

“Walaupun berita kita (pembangunan kerajaan negeri) tak masuk dalam televisyen dan surat khabar, kita mewujudkan amantv yang memaparkan siaran di internet, akhbar kerajaan negeri Warta Darul Aman, buletin yang diterbit secara berkala ataupun mengikut perkembangan terkini,” jelas beliau. ~kedahlanie

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud