ARTIKEL SEBELUM

10/11/12

Hangat !! MB Ganu pula cabar Hadi tanding di Kemaman

Cabar-mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) berterusan – kali ini Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula mencabar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang agar bertanding di kerusi Parlimen Kemaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Umno Terengganu berkata, Ahli Parlimen Marang itu sepatutnya bertanding di Kemaman terlebih dahulu sebelum berhasrat bersaing di Pekan, yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kesediaan Abdul Hadi itu (untuk) bertanding di Pekan hanya gimik politik sahaja, bohong belaka. Apa tujuan dia? Nak dapat publisiti? Nak gali kubur sendiri?

“Kalau berani, marilah bertanding di Kemaman. Buat apa pergi bertanding di Pahang. Tunjukkan kehebatan di Terengganu dahulu," katanya yang juga Ketua Umno Bahagian Kemaman selepas merasmikan Program Berkhatan Beramai-ramai Peringkat Dun Kijal 2012 di Padang Kubu, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan media yang menyatakan Abdul Hadi akur dengan kemahuan parti jika diarahkan bertanding di Parlimen Pekan pada PRU13.

Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan Abdul Hadi untuk bertanding di kerusi Parlimen Kemaman bagi menguji kehebatan parti itu dalam mendapatkan sokongan rakyat.
Tegas beliau, kenyataan Abdul Hadi itu juga adalah gimik kononnya pemimpin itu akur arahan parti sekali gus untuk menghangatkan suasana sebelum PRU13.- SH




 ********** saje gatai gatai tangan.


Gambar bawah sekadar buat renungan serta perbandingan.

HJ Hadi MB Ganu selama 4 Tahun dan  Mat Said Juga jadi MB Ganu lebih kurang 4 Tahun.


Rumah Hj Hadi vs Rumah Mat Said,agak agak siapakah diatara mereka  lahap buat harta dunia...

Kalau Hadi Vs Mat Said jadi satu lawan satu di kemaman  diatara mereka ini siapakah yang anda pilih? 



 Banglow mewah MB Terengganu yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu YAB Datuk Ahmad Said yang terletak di Kijal Kemaman
Rumah kampung Ahli Parlimen Marang yang juga Presiden Pas Datuk Sri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang terletak di Rusila Marang


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud