ARTIKEL SEBELUM

25/11/12

Hadi: 'Biarkan Mahathir...'

Hadi: 'Biarkan Mahathir...'
Abdul Hadi (dua, kanan) menyampaikan hadiah kepada peserta Program Perkaderan dan Tarbiyah Anak Ahli Pas di Madrasah Darul Iman, semalam.
MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu memanjangkan polemik siapa seharusnya menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya membentuk Kerajaan Pusat nanti.

Abdul Hadi enggan mengulas panjang mengenai kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyifatkan beliau (Abdul Hadi) lebih layak untuk menjadi Perdana Menteri berbanding Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya tak mahu komen apa-apa. Biarkan beliau (Mahathir). Komen saya habis dah, cukup dah,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan majlis penutup Program Perkaderan dan Tarbiyah Anak Ahli Pas di Madrasah Darul Iman di Titian Baru di sini, semalam.

Abdul Hadi juga dilihat seperti mengambil langkah selamat untuk tidak terus berada dalam polemik siapa pemimpin paling layak menjadi calon Perdana Menteri jika PR memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kerana baginya perkara itu sudah selesai.

“Bab itu habis dah. Saya tak mahu panjang, cukup,” katanya dengan nada tegas.

Dr Mahathir dalam kenyataannya kelmarin berkata, Presiden Pas itu lebih layak menjadi Perdana Menteri kerana tiada sebarang bebanan sejarah berbanding Anwar.

“Jika mereka (pembangkang) menang, sudah tentulah beliau (Abdul Hadi) boleh jadi Perdana Menteri. Beliau sangat layak, lebih layak daripada Anwar sebab beliau tidak ada sebarang bebanan sejarah,” katanya. -SHarian

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud