ARTIKEL SEBELUM

26/11/12

Gambar menarik Himpunan hijau Di Dataran Merdeka







 KUALA LUMPUR 25 November: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail antara 10,000 aktivis himpunan Hijau yang berarak ke Dataran Merdeka bagi membantah operasi kilang Lynas di Gebeng, Kuantan.
Perarakan sejauh 42 kilometer itu bermula dari Markas Pas Taman Melewar di Gombak dan dijangka berakhir di Dataran hari ini.
Sebahagian peserta telah berjalan sejauh 300 kilometer dari Kuantan, sejak 13 November lalu.

Wan Azizah memulakan perjalanannya dari Maju Junction, sementara beberapa kumpulan lagi bergerak daripada beberapa lokasi sekitar laluan perarakan.
Mereka yang berpakaian dan bertopi hijau, dilihat turut mengibarkan bendera Jalur Gemilang dan melaungkan slogan “Hentikan Lynas” sepanjang perjalanan.
Peserta berkenaan antaranya melalui Lebuhraya DUKE, Kampung Railway dan Sentul Pasar,  turut mendapat sokongan daripada pemandu kenderaan yang membunyikan hon.
Menurut ketua kumpulan itu, Wong Tack, mereka akan bermalam di Dataran Merdeka malam ini.
“Kita akan bermalam di sana dan menunggu matahari terbit esok,” katanya di petik dari Malaysiakini.
Turut dilihat dalam perarakan itu ialah Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan pimpinan Pakatan Rakyat lain.

Sementara itu, Dataran Merdeka ditutup sejak pagi tadi atas alasan kerja-kerja menaik taraf kawasan berkenaan.
Media melaporkan, hampir 100  pegawai DBKL termasuk anggota polis dilihat mengawasi kawasan bersejarah dan tumpuan warganegara itu.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib turut mengeluarkan notis larangan kepada orang awam berkumpul di lokasi tersebut.

 















posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud