ARTIKEL SEBELUM

23/10/12

Menteri Agama, Mufti ‘bisu’ Soi Lek serang Islam


Islam sekali lagi dihina dan diperlekehkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berkenaan pelaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia.
Soi Lek yang secara berani mengutuk pelaksanaan Hudud di Malaysia dengan mengatakan 1.2juta rakyat Malaysia akan kehilangan kerja sekiranya hudud dilaksanakan.Dalam kenyataan lain, Soi Lek juga mendakwa negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara yang paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.
Persoalannya sekarang, di mana suara mereka yang berautoriti dalam institusi agama Islam seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom? Adakah penghinaan sekeji ini terhadap agama Islam masih lagi mengulik mimpi pihak penguasa yang sepatutnya menjadi benteng barisan hadapan?

Satu penegasan dan tindakan mesti dilakukan sebagaimana keseriusan yang dilakukan oleh Jakim terhadap gejala kerosakan aqidah umat Islam. Hudud yang datangnya daripada Allah SWT mengatasi ideologi serta logik akal pemikiran manusia.
Justeru, penegasan tindakan yang sama mesti dilakukan Jakim khususnya Datuk Seri Jamil Khir  terhadap perbuatan merosakkan aqidah umat Islam serta pemahaman orang bukan Islam terhadap hudud tanpa sebarang pengaruh parti politik.Amat sedih juga buat umat Islam, apabila para mufti turut menutup mulut terhadap penghinaan ini. Malaysia dengan komposisi mufti di setiap negeri dan antara mufti teramai di dunia, tidak mampu memanfaatkan tanggungjawab yang diamanahkan.
Bukanlah bertujuan menghina para mufti yang bertaraf ulama serta disanjungi masyarakat, akan tetapi inilah isi hati betapa suara berpengaruh mufti itu perlu diterjemahkan kelapangan masyarakat yang teraba-raba mencari kebenaran.Persoalan undang-undang jenayah Islam yang menjadi kewajipan terhadap umat Islam untuk dilaksanakan mestilah menjadi tanggungjawab pemerintah serta mereka yang diberikan autoriti besar dalam negara untuk berusaha ke arah itu.
Di samping kita berusaha memahamkan masyarakat Islam terhadap Undang-undang Islam, jangan kita membutakan mata terhadap tentangan yang dilakukan oleh Musuh Allah swt yg berniat jahat terhadap Islam.Justeru, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) menyerus semua pihak, ahli politik, ahli akademik, NGO dan juga individu menjadi agen penerangan soal keindahan undang-undang Islam.
Pihak kerajaan Barisan Nasional perlu menggunakan jentera media kerajaan untuk menjelaskan kepada masyarakat bahawa undang-undang Islam tidak zalim malah menjamin hak asasi manusia.
Akram Ikrami Taib Azamudden
Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis)

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud