JOHOR BAHRU: Selain memecahkan cermin kereta Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, tayar kereta Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS, Zulkefly Mohd Omar juga telah dirosakkan.Menurut Zulkefly, dua tayar kereta jenis Nissan Teana beliau telah di bocorkan iaitu dibahagian kiri hadapan dan belakang.
Kereta ini diletakkan di Masjid Penggerang, Johor ketika beliau bersama-sama penduduk Pengerang berhimpun membantah projek Rapid Pengerang.
"Kami sedar tayar dicucuk dengan benda tajam pada pukul 2.00 petang bila tayar hadapan kiri pencit lalu kami tukar dengan simpanan.
"Dalam perjalan balik, tayar belakang sebelah kiri pula bocor dan pencit teruk di R & R Machap.
"Kami mendapat bantuan dari Plus Ronda kemudian telah menampal tayar yang bocor tersebut," .
Bagi beliau, yang jelas sikap khianat pihak tertentu di Pengerang tidak mengira tempat walaupun kereta itu diletakkan di kawasan masjid.
"Yang mengejutkan kami bahawa masjid tidak lagi menjadi kawasan selamat bagi kami," katanya.
Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan bagaimana cermin kereta Pengerusi Institut Peduli Rakyat, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dipecahkan manakala dua tayar ditoreh di Sungai Rengit, Pengerang tengah hari semalam.
Perbuatan khianat itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan yang tidak senang dengan Himpunan Hijau Lestari Pengerang di Dataran Sungai Rengit pagi semalam.
Harakahdaily
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang turut menaiki kereta tersebut bersama Abdul Rahman berkata, perkara itu disedari ketika mereka selesai menunaikan solat Zuhur di masjid berdekatan.