ARTIKEL SEBELUM

22/10/12

Blog Ini istihar sokong kerajaan UMNO/BN





Padan muka hang pa !!......Posting ini Gua tuju kepada mana mana perokok tegar tak kira orang PAS PKR ,DAP mau pun UMNO.Buat julung kalinya aku sokong dasar kerajaan Umno BN kerana menaikan harga rokok sebanyak 20sen mulai ari ini.


He he ....sepatut nya naik lagi tinggi  apa pasai kerejaan naik cuma 20 sen je,

Ehh!!..sebab apa aku sokong BN ?? jawapanya kerana aku anti dengan orang yang merokok, mintak maaf la kalau ada tok lebai pas ka atau member2 baek aku  yang marah dengan penulisan aku ini.

Nasihat Gua kepada perokok tegar buang la tabiat buruk ini , jelas sekali ia membazir wang anda malah sedikit pun tak memberi  manafaat kepada diri anda serta keluarga.


Yang untung sudah Pasti KEREjaan BN sebab makan cukai duit Hang pa dan yang kedua dah tentu mengkayakan kaum yahudi laknatullah kerana British American Tobacco tu kepunyaan orang Yahudi.


Kepada ahli  BN jangan syok sangat bila dengaq Blog ini sokong parti hang pa..ha ha
Aku sokong BN pasai KEREjaan hang pa penaikan harga rokok kalu dalam bab lain aku akan ....

~~ LAWAN TETAP LAWAN ~~ 

~~ABU~~~

Aku Benci Umno 



KUALA LUMPUR - British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) telah mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai
Isnin, 22 Oktober 2012.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus ke 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober lalu.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata pengarah urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

Harga baru rokok bermula esok adalah seperti berikut:-

Rangkaian DUNHILL RM10.20
Rangkaian KENT RM10.20
Rangkaian PETER STUYVESANT RM8.70
Rangkaian PALL MALL RM8.70
PALL MALL Biasa RM10.60
BENSON & HEDGES RM10.20
LUCKY STRIKE PLAIN RM10.60
ROTHMANS INTERNATIONAL RM10.60

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco, yang merupakan kumpulan tembakau paling antarabangsa dunia dan kumpulan tembakau tersenarai yang kedua terbesar dunia. - Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud