ARTIKEL SEBELUM

4/10/12

Bajet BN tiada struktur ekonomi, hanya ‘pusing angka’

(Norutul Ilham)
PETALING JAYA 4 Okt: Bajet BN yang defisit selama 16 tahun berturut-turut bakal mengakibatkan rakyat sengsara berikutan kenaikan kos sara hidup, kata Rafizi Ramli.
Menyifatkan ia sebenarnya mendorong negara ke arah bankrap, Pengarah
Strategi KEADILAN itu berkata, bajet BN tiada dasar yang membentuk struktur ekonomi negara.

“Kita tahu negara ada masalah struktur ekonomi. Sebab itu saya cakap Bajet BN ‘bangang’ kerana langsung tak ambil kira ataupun cuba perbaiki masalah struktur ekonomi,” katanya.

Beliau berkata demikian depan 200 orang dalam Forum Belanjawan 2013 di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, malam tadi.
Sebaliknya, Rafizi berkata, Belanjawan Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada mengurangkan bebanan dengan melakukan penstrukturan semula hala tuju ekonomi.
“Pendekatan kita ialah tukar struktur ekonomi dengan cara nilaikan kepada sistem, struktur yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.
“Tapi BN konsepnya mudah, asalkan bagi, janji bagi. Kalau budak tujuh tahun boleh mengundi, mungkin BN akan beri Drypers percuma,” katanya, sinis.
Forum bermula jam 9 malam itu turut dibarisi panel, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pengarah Strategi Pilihan Raya DAP, Dr Ong Kian Meng.

Menyifatkan Najib bermuka-muka konon prihatin kepada rakyat, Rafizi berkata, Bajet BN juga tidak mengambil kira soal hutang, bahkan galak menambahnya saban tahun.
“Mereka pusingkan angka. Kecenderungan hutang yang BN tambah menyebabkan lebih banyak wang kita belanja untuk bayar hutang.
“Hutang negara dari 2001 sebanyak RM456 bilion meningkat kepada RM502 bilion pada 2012. Betapa tingginya hutang negara.
“Bagi saya, dengan memerangi rasuah, ketirisan dan penyelewengan, hal ini tidak akan berlaku. Duit dapat diselamatkan,” kata Rafizi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud