Alahai anak bapak...
Penampilan Nabila Huda anak kepada lagenda rock tersohor di Malaysia menjadi perbualan hangat peminat kerana beliau memperaga pakain berwana hitam yang cukup ala seksa ~ seksi.
Rata rata peminat mengkritik cara penampilan Nabila Huda.Tak ketinggalan Amy search bapak si Nabila..
Kata Amy Search“memang saya tidak bersetuju dengan penampilannya pada malam itu."
“Bagi saya 'designer' pun perlu tahu jenis pakaian yang direkanya serta dia (Nabila) sendiri perlu tahu apa yang dipakainya itu.
“Banyak lagi baju rekaan cantik yang boleh dipakai dan saya percaya dia sudah cukup dewasa untuk mengetahui serta berfikir dengan lanjut mengenai perkara itu,” katanya yang turut membuat persembahan dengan mendendangkan tiga lagu pada majlis anugerah itu.
Amy turut berkata, “sekarang hasil kerja dan lakonan dia sudah semakin bagus."
"Seharusnya dia menjaga penampilan dan imejnya, jangan sampai memberi peluang dan ruang untuk orang mengata, menghentam atau jatuhkan dia," katanya lagi.
Menurut cerita semasa menyampaikan anugerah bersama rakan penyampai, Zahiril Adzim, bahagian perut Nabila yang terdedah telah diliputi oleh kain lain yang seakan sama warna dengan gaunnya itu.
ini masalahnya
Kalau kita cetek dalam hal agama.
mintak simpang kita semua dari benda benda macam ini dari menimpa kaum keluarga kita.