ARTIKEL SEBELUM

12/10/12

Aku Meluat betui




Aku terus terang cakap aku meluat dengan sikap pengulas sukan Astro Arena semalam, tak profesional langsung .Ulasan yang berat sebelah .Apa ke jadah pengulas macam ini sepatutnya berlaku adillah jangan menampakan sikap bodoh.

Kut ia pun ada semangat patriotik kena fikirla sikit  bahawa ini hanya Liga Malaysia dan bukanya perlawanan diantara negara Malaysia vs Singapura  tetapi ATM vs LION XII .Sebagai pegulas jangan menampakan sikap menyokong kamu terhadap satu pasukan, kena neutral dalam menjalankan tugas jangan ingat semua penonton yang menyaksikan siaran secara langsung itu penyokong ATM.Harap perbaiki diri wahai pengulas yang bertugas di Astro Arena semalam yak. 

Taniah aku ucapkan kepada ATM kerana 46 tahun menunggu akhirnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) beraksi di pelawanan akhir Piala Malaysia  menjadi kenyataan apabila menewaskan Lions XII menerusi sepakan penalti 5-4, selepas kedua-dua pasukan terikat agregat 2-2 selepas berakhirnya 120 minit masa perlawanan.

Perlawanan yang sangat mendebarkan dan penuh dramantik seolah olah seperti satu perlawanan akhir.Kedua dua pasukan memang nampak hebat tetapi pada malam semalam penguasaan bola jelas memihak kepada ATM  cuma kekebalan benteng Lion XII yang menghalang dari bola membolosi pintu gol.

Walaupun ATM ketinggalan 1- 0 dan nampak waktu masa kecederaan sudah sampai kepenghujung dan dilihat permaian simpanan Lion XII seolah mahu meraikan  pasukan mereka mara keperlawanan akhir tiba tiba muncul wira ATM iaitu Marlon Alex James menjaringkan gol penyamaan untuk membawa perlawanan kemasa tambahan yang akhirnya di menangi oleh ATM setelah 46 tahun menanti.Taniah kepada pasukan ATM atas kejayaan itu.

Memang satu perlawanan yang hebat dan penuh dramantik, macam ni la syok nengok bola liga Malaysia baru ada uhmmm. kalau pergi ke stadiumm tentu berbaloi bayar harga tiket.
Akhir sekali Taniah kepada pasukan ATM atas kejayaan malam semalam.ATM akan menunggu pemenangan diantara pasukan negeri Pakatan Rakyat iaitu diantara negeri Kelantan atau Selangor untuk merebut piala Malaysia di Stadium Shah Alam nanti.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud