ARTIKEL SEBELUM

30/09/12

Satu laporan polis gesa siasat dalang hina imej Nik Aziz

nik aziz


SELAYANG - Dewan Pemuda Pas Selayang menggesa polis bertindak tegas ke atas individu yang menghina Islam secara terbuka di laman sosial.

Satu laporan polis dibuat semalam selepas penyebaran pihak tidak bertanggungjawab menyamakan imej Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan babi yang dikesan sejak 18 September lalu.

Ketuanya, Mohd Fauzan Madzlan berkata, pihak polis tidak boleh bersikap “double standard” apabila berlaku penghinaan melibatkan pemimpin kerajaan mahupun pembangkang.

Menurutnya, siasatan terperinci perlu dibuat ke atas individu yang membuat penghinaan secara terbuka di Facebook menggunakan akaun “Idham Zulkifli” sama seperti kes memijak dan menunjuk punggung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Pihak polis menggunakan media untuk memaparkan imej individu yang terlibat dalam kes memijak potret Najib dan seharusnya kes penghinaan kepada Mursyidul Am Pas juga perlu dilakukan perkara sama.

“Sehingga hari ini banyak laporan polis telah dibuat oleh Pemuda Pas bahagian, namun tiada sebarang tindakan diambil,” katanya selepas laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, semalam.

Mohd Fauzan berkata, kebiadaban segelintir pihak yang terlalu lantang membuat penghinaan ke atas agama dan pemimpin perlu dihentikan melalui tindakan pihak polis.

“Kita bimbang sekiranya insiden-insiden itu berterusan, rakyat tidak lagi takut kepada institusi penguat kuasa dan sewenang-wenang permain isu sensitif.

“Budaya samseng juga akan menular dengan niat sengaja menghina dan membuat provokasi serta tidak menghormati pemimpin,” katanya.

Justeru itu katanya, pihak polis perlu bertindak segera dan mengambil serius tentang tren salah guna medium laman sosial sebagai tempat hebahan isu sensitif dan menghina pemimpin.~ Sinar

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud