ARTIKEL SEBELUM

4/09/12

Polis tahan seorang siswa kes tunjuk Punggung


Polis hari ini menahan seorang pelajar kolej berhubung tindakan beberapa orang peserta semasa sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada Jumaat lalu.

Lelaki berusia 19 tahun itu difahamkan ditahan di sebuah kolej di Cheras, Kuala Lumpur pada tengahari tadi.
Dalam kejadian pada Jumaat malam lalu, seorang lelaki dilaporkan menunjukkan punggungnya pada gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan juga gambar isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam gambar insiden tersebut yang kini beredar di Internet, seorang lelaki dalam lingkungan usia 20-an, kelihatan melondehkan seluarnya dan turut menunjukkan punggungnya pada gambar Najib, Rosmah serta Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud