GEORGETOWN, 4 SEPTEMBER: DAP mengecam tindakan UMNO Barisan Nasional yang mengamalkan dakwaan selektif dan dwi-standard dengan membiarkan tindakan ganas dan melampau sesetengah pihak yang menyokongnya, tetapi berkeras pula dengan pihak yang menentang.
Setiausaha Agung DAP dalam kenyataan medianya hari ini berkata demikian, sambil mengutuk tindakan beberapa individu yang telah memijak gambar Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak di Dataran Merdeka semasa sambutan malam Merdeka di Kuala Lumpur.
“Namun demikian, jika Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein boleh berjanji bahawa Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan dan mempercepatkan proses undang-undang ke atas pelaku-pelaku tersebut, adakah tindakan yang sama akan diambil ke atas penyokong-penyokong BN yang melakukan tindakan yang serupa ke atas gambar-gambar pemimpin PR?” ujar beliau.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut mengalami pengalaman hampir serupa apabila kumpulan pelampau, Perkasa telah membakar dan memijak gambarnya di perkarangan bangunan KOMTAR serta melakukan upacara pengebumian dengan mengkalungkan bunga pada gambarnya di luar kediaman beliau.
“Kenapa tiada tindakan diambil ke atas mereka yang bertindak biadap terhadap pengerusi bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan di luar rumah beliau?”“Menyedihkan apabila menteri daripada parti komponen bukan Melayu UMNO Barisan Nasional bertindak bagaikan pengecut dengan menuntut tindakan apabila gambar Perdana Menteri dipijak tetapi tidak apabila gambar seorang Ketua Menteri berbangsa Cina dicabuli,” tambah Guan Eng lagi
Beliau turut membidas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon yang mengatakan bahawa tindakan memijak gambar Perdana Menteri menunjukkan betapa tidak hormatnya Pembangkang terhadap negara.
“Adalah sangat tidak bertanggungjawab untuk menuduh Pembangkang untuk sesuatu tindakan yang jelas bukan kerja kita. Kedua, kecaman Koh Tsu Koon terhadap insiden memijak gambar Perdana Menteri sementara berdiam apabila gambar saya dipijak dan upacara pengebumian dilakukan dengan gambar saya hanya mendedahkan dwi-standard serta sikap tunduk beliau kepada UMNO,” kata beliau.
“Koh juga tidak memanggil untuk tindakan yang sama terhadap pemprotes Datuk Ambiga yang telah menghinanya dengan “tarian punggung” serta “protes burger” dimana burger daging telah dimasak di luar kediamannya walaupun beliau seorang Hindu dan vegetarian,” tegas Ahli Parlimen Bagan itu.
“Nampaknya pemimpin bukan Melayu seperti saya dan Datuk Ambiga akan terus dianiaya dan dimalukan sementara pemimpin pembangkang Melayu Pakatan Rakyat terus diganggu dengan fitnah skandal seks,” katanya. – Roketkini
Gambar di bawah dibawah contoh perangai busuk puak umno !!