ARTIKEL SEBELUM

2/09/12

PERKASA menunjukan kebodohan MEREKA PADA tahap LEMBU....

Isu tak jemput Sultan Selangor pada ambang kemerdekaan oleh kerajaan Selangor menjadi isu bagi puak pengampu nombor satu Umno dan hari ini satu laporan Polis telah di buat oleh Perkasa atas alasan kerajaan Selangor telah membelakangi Sultan kerana tidak di jemput ke majlis itu.

Ia bersandarkan pada satu laporang akhbar Utusan [gambar bawah] maka "PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor,

Ha ha ha bangang tahap lembu...ini pun jadi isu....Eh !! aku nak tanya pada puak PERKASA Selangor satu soalan sahaja !! Perhimpunan Janji Ditepati semperna sambutan Merdeka ke55 yang di lalak oleh Najib di Bukit Jalil  D.Y.M. dipertuan  Agong ada datang ka? ada di jemput ka?


"Alasan Perkasa Selangor konunnya bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," 

Tapi bagaimana dengan kerajaan Najib yang tak mengundang Yang di pertuan Agong ke  ke Bukit Jalil !!! adakah ini tak menimbul keresahan kepada rakyat jelata ?  Perkasa tak perasan ka?


He he he ....Perkasa Oh Perkasa.







DALAM NEGERI

PKR belakangkan Sultan Selangor?


DUA anggota Angkatan Tentera Malaysia memeriksa peralatan pancaragam ketika keluar dari sebuah hotel selepas menarik diri daripada menyertai istiadat perbarisan sambutan Hari Kemerdekaan peringkat negeri Selangor di Shah Alam, semalam.

SHAH ALAM 30 Ogos - Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor tercemar apabila Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membelakangkan peranan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tidak seperti tradisi sebagaimana dilakukan termasuk tahun lalu, pada tahun ini Sultan Selangor langsung tidak dimaklumkan serta dijemput menghadiri majlis sambutan itu yang berlangsung di Dataran Kemerdekaan di sini malam ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang mengesahkan perkara itu berkata, sehingga petang ini, baginda tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan yang dihadiri Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Exconya.
...
Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini.





Di petik dari Mkini


PERKASA lapor polis isu undangan untuk Sultan Selangor


Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Selangor hari ini membuat laporan polis berhubung tindakan kerajaan negeri itu ekoran satu laporan yang mendakwa Sultan Selangor tidak menerima undangan ke majlis sambutan kemerdekaan peringkat negeri pada malam 30 Ogos lalu.


"PERKASA Selangor meminta polis menyiasat sekiranya ada campur tangan pihak luar dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sehingga tidak menjemput Sultan Selangor dalam sambutan ambang kemerdekaan ke-55 peringkat negeri Selangor," laporan itu dipetik.


NONE
Laporan berkenaan dibuat oleh setiausaha PERKASA Selangor, Azahar Othman di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam hari ini, ekoran satu laporan akhbar Utusan Malaysia semalam berhubung dakwaan itu.



"Perkasa Selangor bimbang akan timbulnya kemarahan rakyat kerana kerajaan Selangor menyisihkan kepentingan Raja-Raja Melayu khasnya Tuanku Sultan Selangor," kata Azahar lagi dalam laporan polisnya.



Laporan Utusan Malaysia bertajuk "PKR belakangkan Sultan Selangor?" semalam memetik kenyataan setiausaha sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa Sultan Sharafuddin Idris Shah "tidak dimaklumkan secara rasmi oleh kerajaan negeri mengenai sambutan berkenaan".



Mohamad Munir dalam kenyataannya pada 30 Ogos itu juga menyebut bahawa "Sultan Sharafuddin hanya dijemput berangkat hadir pada majlis tahlil serta bacaan Yasin sempena kemerdekaan negara yang diadakan di Masjid Negeri."



Turut hadir bagi memberi sokongan ialah Yang Dipertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahaya dan kira-kira 50 orang penyokong pertubuhan pro-Melayu itu.



Sambutan hari kemerdekaan dan hari Malaysia peringkat negeri Selangor diadakan pada malam Khamis lalu di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam.



Antara tetamu yang hadir pada malam itu ialah penasihat ekonomi negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud