Menteri dalam negeri dan menteri penerangan mesti memohon maaf berhubung pengakuan Bernama berhubung isu pengubahan gambar agensi berita nasional Bernama, kata PKR Johor.
Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jui Meng (kanan) berkata, penjelasanBernama berhubung insiden "tidak beretika" itu tidak mencukupi.
"Mengakui bahawa gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan, Pahang... diubah untuk menggambarkan kehadiran besar tidak mencukupi.
Bernama semalam menjelaskan pihaknya telah menjalankan siasatan awal berhubung dakwaan itu dan siasatan awal mendedahkan kecacatan pada gambar itu dikesan berpunca dari tempat ia dihantar.
Ketua pengarangnya berkata, siasatan lanjut dijalankan untuk menentukan motif individu terbabit dan sama ada wujud elemen sabotaj.