ARTIKEL SEBELUM

22/09/12

Leman Raja Lawak Cabar Zed Zaidi Berdebat..



Sumber cerita saya terjemah dari kilp video bawah






Leman Raja Lawak kesal dengan kenyataan Zed Zaidi konunnya artis yangg berhijrah ke Pakatan Rakyat mendapat ribuan ringgit atau meletakkan harga yang tinggi semasa berceramah.Apa yang di nyatakan oleh Zed Zaidi itu mengambarkan satu keburukan kepada artis yang berhijrah ke kem pembangkang.

Menurut Leman Raja Lawak pernah menulis di dalam facebook pernah cabar kenyataan beliau jika di izinkan berdebat dengan beliau bila bila masa kerana Zed merupakan Presiden seniman ,menurut Leman sebagai artis baru dengan berani jika dia ingin menyatakan sesuatu apa yang tersirat di dalam hatinya .

Raja Leman berkata bagi artis yang berhijrah ke Pakatan Rakyat mereka hanya berjuang dilandasan islam serta berjuang hanya untuk rakyat. Kenyatan Zed  kurang wajar kerana sebagai seniman menuduh artis yang berhijrah dapat ribuan ringgit adalah kurang wajar dan jika benar kami {artis yg berhijrah] dibayar ribuan ringgit oleh pakatan rakyat  mungkin lebih ramai lagi artis akan berhijrah untuk membuat kerja ceramah bagi pakatan rakyat .








zed zaidi
Kata Zed Zaidi kepada Mstar Online:-
Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan.
zed zaidi
Tambah panas apabila Zed Zaidi mengulas sikap sesetengah artis yang sudah berhijrah tetapi menceburkan diri dalam bidang politik:-
Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah.Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud