Sudah diduga dengan akan berita ini dan amat dikesali dengan keputusan Majlis Perbandaran Kuala Kangsar kerana tidak meluluskan permohonan sebuah badan NGO menyewa Dewan Jubli Perak sebagai lokasi kuliah Ustaz Azhar Idrus di Kuala Kangsar yang dijadualkan pada 16 September 2012.
Atas alasan apa MPKK tidak membenarkan pengunaan Dewan ini tak di kenal pasti.Kemungkinan adanya tekanan politik dari pihak tertentu yang menyebabkan keputusan tersebut dibuat. Ustaz Azhar Idrus kini di lihat oleh pihak tertentu akan memberikan impak kepada kesedaran rakyat terhadap Islam yang akan mengancam kedudukan politik mereka yang sudah sedia terancam.
Sedia maklum Ustaz Azhar Idrus kini telah bejaya menarik minat banyak golongan tak kira tua atas pagar, hatta orang Umno sendiri mendengar celoteh agama dari beliau.Yang paling di geruni adalah golongan 'Y" yakni golongan muda mudi yang bergitu ramai sekali menghadiri ke program kuliah UAI ,mungkin ini yang mengusarkan mereka.
Lihat jadul pada 16 sept UAI akan diadakan di Dewan Jublee Perak KK
Disebabkan pengunaan Dewan Jublee Perak tidak di benarkan terdapat usaha sedang dijalankan untuk mencari tempat altenatif lain bagi mengantikan Dewan ini diantaranya di Masjid Ridwan dan sebagainya .Semoga niat suci pihak penganjur ini akan berjaya .
Untuk Makluman tuan dan pembaca sekalian sebelum ini di Dewan yang sama pernah diadakan satu program ceramah politik oleh Hassan Ali semasa beliau melancarkan produk JATI tanpa ada bantahan dari mana mana pihak. Malah ada program politik dari parti Umno hingga ke majlis perkahwinan anak exco Perak telah berjaya dibuat di sini tanpa sekatan oleh pihak MPPK.
Tetapi kenapa dengan majlis ilmu UAI tidak medapat restu pengunaannya dari pihak yang berkenaan??
~ Memang Malang dan Menyedihkan Dengan Berita ini ~