ARTIKEL SEBELUM

15/09/12

KOMEN MENTERI YANG SETARAF JKKK

 



KOMEN DARI SEORANG MENTERI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENJAGA KEAMANAN NEGARA DAN JUGA MENDAULAT KAN UDANG2 !

KALAU DAH RASA2 TAK BOLEH MENJAGA KEAMANAN NEGARA LETAK JE JAWATAN !

BUAT MALU SAJA KOMEN YANG BERSTATUS MENTERI UMNO INI

MARI BELAJAR PELEMBAGAAN NEGARA, JANGAN KITA JADI JAHIL SEPERTI DIA

(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang.

(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion, kerjaya atau pekerjaan.

(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.

(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar bidang kuasa pihak berkuasa itu.

KOMEN MENTERI DALAM NEGERI UMNO

Tiada jaminan keselamatan pada program pembangkang

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan tidak perlu menjamin keselamatan untuk program jelajah pembangkang yang terus dicemari perbuatan khianat.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu sendiri," katanya kepada Malaysiakini ketika ditanya sama ada kerajaan boleh menjaminan insiden kekasaran terhadap pembangkang tidak berulang.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak.

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

Bas kempen Jelajah Merdeka Rakyat PKR disimbah cat merah - buat kali ketiga - sewaktu Ibrahim mengadakan siri jelajah ke Johor tengah hari ini.

Sebelum ini, bas tersebut diserang buat kali pertama di hadapan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu awal bulan ini dan kemudiannya di Jasin pada minggu lalu

Beliau bagaimanapun enggan mengulas langsung berhubung kejadian di Tangkak itu.
|
"Itu kena tanya orang Johor sendiri," kata anggota Parlimen Sembrong itu.

ps / KALAU MCM TU SEMUA ORANG BEBAS BUAT SALAH ? KALAU TAK SUKA BOLEH KACAU / PROVOKASI ? GUA PENING MENTERI UMNO NI BEB ! APA KOMEN ANDA ?

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud