~~Ayat bawah di petik dari mkini ~~
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, menyifatkan YouTube sebagai tidak sensitif terhadap kemarahan umat Islam di seluruh dunia kerana ia masih belum membuang klip filem "Innocence of Islam" daripada senarainya.
"Itulah bagaimana mereka tidak sensitif," katanya dalam satu kenyataan kepada Bernama hari ini.
Rais berkata kebebasan bersuara tidak termasuk menyebabkan atau menimbulkan kebencian di kalangan umat Islam terhadap orang yang menghina agama mereka. ~ read more
Hmmm Pak Rais...~~~~
Lihat gambar [dibawah] sungguh menjijikan dari Melayu yang mengaku islam tapi suka mengina sesama insan serta agamanya sendiri. Pemikiran bodoh dan sempit kerana perbezaan ideologi politik tanpa di sedari mereka telah menghina ulama serta rasulullah s.a.w.
Bagi penulis setakat membenci kepada MB kelantan itu lumrah bagi musuh politik Nik Aziz, tetapi kalau kita amati gambar itu bukan setakat mereka menghina Nik Aziz tetapi secara langsung mereka telah menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Bukankah apa yang dilakukan oleh Nik Aziz itu merupakan sunnah rasulullah? Kenapa sunah nabi dihina seumpama khinziir sedang minum. Amat biadap perbuatan mereka yang melakukan kerja terkutuk ini.Terang dan jelas bukan setakat YOU TUBE yang tidak sensetif tetapi orang orang islam sendiri pun jahil dalam isu ini demi politik sempit.
Di minta Menteri Bakar Jambatan Rais anak Yatim pantau gejala menghina islam yang sangat membimbangkan didalam laman sosial yang dilakukan oleh umat islam sendiri. Jangan nampak yang di seberang sahaja sedangkan di dalam negara sendiri masih banyak umat melayu yang mengaku islam tanpa di sedari telah menghina agama sendiri. Adakah Menteri ini sensetif pada gambar ini?
** Soalan cepu emas dari penulis
Dari parti mana asal Mamat jahil yang menghina sunnah rasulullah s.a.w ini ?
a ~ Umno
b ~ Komunis
c ~ Pas
d ~ Dap