YAB Tuan Guru menyambut keberangkatan KDYMM Sultan Kelantan yang telah berangkat menziarahi beliau sebentar tadi. Baginda tiba sejurus solat Asar dan sempat berjemaah bersama-sama di Masjid Pulau Melaka.
Walaupun aku bukan rakyat Kelantan tetapi aku cukup merasa bangga dan terharu melihat dua keping gambar diatas.Situasi sebergini bukan mudah untuk dilihat dinegeri di Malaysia selain Kelantan, bagaimana seorang Sultan sanggup mencemar duli melawat seorang Menteri Besar di rumahnya.
Alhamdulillah ...Kelantan dikurniakan oleh Allah pada masa ini seorang Sultan yang berjiwa rakyat..Sesunguhnya pangkat, darjat dan kekayaan bukanlah ukuran kepada baginda Sultan.
Bergitu juga beruntungnya rakyat Kelantan kerana mereka dipimpin oleh seorang ulama selama 20tahun lebih.
Dikhabarkan Tuaku bersama Tengku Mahkota menziarah Menteri Besar diPulau Melaka.Selepas bertemu Tuanku Sultan bersama Tengku Mahkota Sempat mendirikan solat berjemah bersama-sama Tok Guru di masjid Pulau Melaka.
Biarlah orang kata Kelantan negeri miskin, janji rakyat Kelantan dapat seorang Sultan yang berjiwa rakyat dengan tinggi perkerti agama serta kerajaan yang dipemimpin oleh seorang ulamak yang kaya dengan akhlak dan ilmu.
Kalaulah semua Sultan di semenanjung seperti ini hmmm aman makmur bumi Malaysia .