ARTIKEL SEBELUM

29/09/12

Ada Demo Di Perak !!


Demo anti-pembalakan di Pengkalan Hulu.





Satu tunjuk perasaan aman telah diadakan di Pengkalan Hulu selepas sembahyang Jumaat semalam bagi membantah pembalakan di Gunung Lang. Tunjuk perasaan yang diadakan di Padang Perbandaran Pengkalan Hulu itu diadakan selepas penduduk hilang keyakinan dengan janji-janji kerajaan untuk membatalkan pembalakan di Gunung Lang yang bukan saja telah mencemarkan persekitaran malah mendatangkan bahaya kepada penduduk setempat.
Sejak pembalakan dijalankan, banyak kejadian gajah-gajah liar yang mengamuk dikawasan kampung sambil memusnahkan tanaman, ekoran pemusnahan habitat mereka.
Pembalakan diGunung Lang telah berjalan tidak berapa lama dahulu, tetapi atas bantahan penduduk, projek pembalakan itu dihentikan buat sementara. Walaubagaimanapun, ianya disambung semula baru-baru ini dan ini jelas melanggar janji-janji yang dibuat sebelum ini.
Untuk memahami perasaan penduduk-penduduk setempat, kami siarkan satu artikel yang ditulis oleh Tok Ku Wak untuk menjelaskan keadaan sebenar tentang apa yang berlaku disana.
Oleh: Tok Ku Wak 

Gunung Lang terletak di kawasan Mukim Pengkalan Hulu berhampiran sebuah kampong- Kg Kuak Hulu. Kampung Kuak Hulu adalah sebuah kampung yang terletak dalam daerah kecil Pengkalan Hulu,dan daerah besarnya ialah Hulu Perak,lebih kurang 250 kilometer dari bandaraya Ipoh.
Yang uniknya kampung ini berhampiran dengan Negara jiran Thailand dan bersempadan dengan daerah Baling Kedah.Dengan ketinggian dari aras laut 380 meter,kampung ini agak sejuk dan udaranya sentiasa nyaman seperti berada di tanah tinggi Cameron Highland.
Kebanyakan penduduk kampung ini menjalankan aktiviti pertanian ,pekebun kecil getah dan ada juga yang bekerja di sektor awam atau swasta ,Dengan bentuk muka bumi yang agak kompleks dan bebukit bukau ia menjadikan kampung ini amat menarik dan cantik,tatkala waktu pagi pula sekitar kampung ini akan di selubungi kabus yang menambahkan lagi keheningan pagi hari,
Keadaan geografinya yang jauh dari hiruk pikuk kota,menjamin ketenangan pada siapa saja yang berkunjung ke kampung ini.Seperti berada dalam sebuah ‘WADI’ sejuk mata memandang apabila melihat keadaan kampung yang di kelilingi oleh kehijauan alam semula jadi yang merupakan anugerah yang tak ternilai dari maha pencipta.


Tapi… segala ini akan tinggal kenangan sekiranya pembalakan di kawasan hulu sungai kampung ini menjadi kenyataan,Bayangkanlah.. kampung yang permai ini bakal dirobek oleh jentera dan jentolak untuk aktiviti pembalakan sekali gus memusnahkan keindahan flora dan menggangu habitat fauna.Sudahlah masaalah gajah liar yang meganggu penduduk baru saja diselesaikan,

Gajah liar ini keluar dari habitat asal kerana aktiviti pembalakan telah memusnahkan segala tumbuh-tumbuhan yang menjadi makanan mereka,Apabila tempat yang menjadi sumber makanan gajah telah musnah,lantas gajah akan keluar ke pinggir kampung mencari makanan lalu memusnahkan tanaman penduduk kampung dan sekali gus mengancam nyawa penduduk .
Kenapa kah hal sedemikian terjadi…tak lain dan tak bukan ia berkait rapat dengan aktiviti pembalakan. Ini baru sedikit kesan nya terhadap penduduk kampung belum lagi termasuk dengan kejadian hakisan tanah, Tanah runtuh dan pencemaran air yang kerap berlaku ketika musim hujan,air sungai akan bertukar warna bila hujan turun. Tanah yang terhakis akan melalui kawasan sungai sedikit demi sedikit dan lama kelamaan sungai akan menjadi cetek,manusia pertama yang akan menerima kesan ini ialah penduduk yang mendiami kawasan hulu sungai tersebut.
Masih ingatkah lagi pada peristiwa yang telah meragut penduduk orang Asli di Pos Dipang..dimana banjir lumpur yang membawa saki baki cebisan kayu balak telah hanyut melanda perkampungan tersebut dan menyebabkan beberapa orang asli terkorban.Adakah kita ingin lihat pekara yang sedemikian berulang…?
Fikir-fikirkanlah ,muhasabah lah diri dan pertahankan sumber asli hutan simpan Gunung Lang habis-habisan,Jangan biarkan hutan yang menjadi warisan ini dicerobohi oleh tangan-tangan rakus manusia yang tamakkan harta dunia. Sesungguhnya rosaknya alam ini adalah dari tangan-tangan manusia sendiri .



***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/09/29/demo-anti-pembalakan-di-pengkalan-hulu/

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud