ARTIKEL SEBELUM

25/08/12

Pemuda Pas: Karpal peguam terbaik, tapi keliru hudud


Raja Ahmad Al-Hiss
Raja Ahmad Al- Hiss



SHAH ALAM - Naib Ketua Pemuda Pas, Raja Ahmad Al- Hiss mendakwa kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh baru-baru ini berkaitan hukum hudud merupakan manifestasi kejahilan terhadap undang-undang jenayah Islam secara keseluruhan.

Raja Ahmad berkata, Karpal mengalami kekeliruan kerana beliau melihat undang-undang Islam menurut perspektif sistem undang-undang jenayah yang diamalkan di Malaysia semata-mata.

“Tidak diakui yang Karpal memang pengamal undang-undang yang pakar dan salah seorang peguam terbaik di negara ini tetapi, undang-undang Islam bukan bidang beliau,” kata beliau hari ini.

Pandangan ini dikeluarkan ketika Karpal dan bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa terlibat dalam pertikaman lidah berhubung isu hukum hudud dan Negara Islam.

Karpal sebelum ini mengatakan pelaksanaan hukum Hudud kemungkinan tidak berupaya mengurangkan jenayah bahkan pelaksanaannya mungkin menggalakkan lagi perlakuan jenayah disebabkan beban bukti yang tinggi diperlukan bagi menyabitkan kesalahn di bawah hukum hudud.

Ekoran kenyataan Nasharudin bahawa Karpal seorang anti-Islam minggu lalu, pemimpin DAP itu mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu mahu memulakan prosiding mahkamah ke atas Ahli Parlimen Bachok itu.

DAP dari awal tidak setuju dengan pelaksanaan hukum hudud di negara ini atas alasan ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kebimbangan yang dicetuskan Karpal ini tidak berasas sama sekali. Ini kerana menjadi tanggungjawab setiap umat Islam membetulkan setiap salah faham dan kekeliruan yang timbul berkaitan dengan apa jua aspek di dalam ajaran Islam,” katanya.

Beliau juga melihat kenyataan yang dibangkitkan Karpal ini semata-mata dari aspek teknikal undang-undang hudud, terutama yang berkaitan dengan aspek substantif undang-undang jenayah Islam sendiri dan aspek undang-undang keterangan.

“Kami bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang timbul, bukan saja yang berkaitan dengan hudud tetapi segala aspek di dalam ajaran Islam,” jelasnya.-SH


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud