ARTIKEL SEBELUM

22/08/12

Pakatan terus mengasak ketika Umno 'cuti raya'

Kepulangan ramai warga perantau ke kampung halaman untuk sambutan hari raya dimanfaatkan oleh parti politik yang menggunakan peluang untuk menyebarkan mesej mereka.

Antaranya, kempen PKR untuk menurunkan harga kereta yang dilancarkan seminggu sebelum aidilfitri.

NONE
"Kita mahu ia menjadi buah mulut pada hari raya di kampung-kampung kelak," kata Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang berkata kempen itu turut mensasarkan golongan pengundi di kampung-kampung.

Beliau berharap supaya sejumlah 50,000 pelekat kempen tersebut yang diedarkan kepada pengguna kenderaan di plaza tol utama sejak Rabu lalu akan dipampangkan di seluruh negara ketika warga perantau itu pulang ke kampung.

Pelekat itu tidak menggunakan sebarang logo parti tetapi hanya memaparkan simbol kereta berwarna kuning, anak panah menghala ke bawah, dan slogan “Turunkan Harga Kereta”.

NONE
Berbeza dengan PKR, PAS yang akhir-akhir ini merekrut ramai golongan kreatif dan bekas penjawat awam menyertainya kelihatan lebih selesa mendekati pengundi secara konvensional.

Ketua Penerangan PAS  Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengedaran risalah keselamatan jalan raya dan juadah berbuka percuma kepada pengguna lebuh raya adalah sebahagian strateginya untuk mendekati pengundi.

"Kita menggalakkan mereka yang pulang ke kampung kali ini untuk turut sama pulang ke kampung pada hari mengundi kelak," kata Tuan Ibrahim ketika dihubungi Malaysiakini baru-baru ini.

Pemuda Umno: Ketepikan sementara politik

Sementara itu, exco Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail pula percaya hari raya perlu dimanfaatkan untuk mendekati mereka yang perlu dibantu dan mengenepikan kempen pilihan raya untuk seketika.

NONE
Menurutnya, Pemuda Umno sendiri menggunakan bulan Ramadan untuk menyantuni golongan memerlukan yang merupakan acara tahunan pergerakan tersebut.

"Raya bukan jadi kempen untuk berkempen pilihan raya. Lebih baik kita kekalkan semangat kemenangan dan kesatuan umat Islam pada Hari Raya Aidil Fitri ini," kata Tun Faisal, orang kuat di sebalik kempen media baru BN.

Pergerakan itu turut mengadakan pelbagai program sempena hari raya, antaranya majlis berbuka puasa dan menyampaikan bantuan kepada pelajar maahad tahfiz yang memerlukan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud