"Pelik apa, kalau (Datuk Mohd) Asri (Muda) yang berpuluh tahun menjadi presiden PAS boleh masuk Umno, jadi Nasharudin juga akan turut berbuat demikian,"
Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak hairan jika Nasharudin Mat Isa keluar daripada parti itu setelah bekas timbalan presiden PAS itu dilihat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mekah semalam.
Nasharuddin sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi dalam PAS ekoran menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan Umno-PAS sehingga menimbulkan rasa kurang senang kepada Nik Aziz.
Dalam Muktamar Agung PAS tahun lepas, Nasharuddin gagal mempertahankan jawatan timbalan presiden kepada Mohamad Sabu.
Nik Abdul Aziz juga berkata adalah lebih baik bagi Nasharudin meninggalkan PAS daripada menimbulkan masalah kepada parti.
Isu Ahli Parlimen Bachok menjadi bualan ekoran kenyataan beliau membidas hubungan dengan Dap dalam isu hudud serta tepapar gambar Nsasrudin bersama Pedana Menteri di Pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.