Mana Mufti neh !! yang berani bersuara dan tegur hamba Allah[gambar] yang aku rasa bikin malu dan mencemar imej pada agama islam. Majlis gini pun masih tanpa segan silu menonjolkan aurat , tak faham aku .
Dayusnya sang suami wanita ini membiarkan isterinya berpakaian tapi bertelanjang ?...Hamba Allah neh baca je Al Quran, tapi tak jumpa ayat mewajib manusia menutup aurat...adehhh.
**note
Kaum wanita adalah disyariatkan melabuhkan tudung mereka untuk menutup bahagian dada, melonggarkan pakaian untuk menutup perhiasan atau keindahan tubuh mereka dari pandangan tajam orang lelaki kerana orang lelaki yang berpenyakit syahwat akan melihat keindahan yang ada pada wanita akan terangsang.
Sekarang ini berlambak wanita yang menutup aurat tetapi dengan senggaja membelah kain mereka untuk memperlihatkan peha mereka dan ada juga yang bertudung tapi dengan sengaja menampak rambut mereka ini termasuk dalam golongan wanita yang berpakain seperti telanjang.
Oleh itu berhati-hatilah wahai kaum Hawa, jagalah kehormatan anda kerana berpakaian menutup aurat dengan sempurna adalah wajib dan hukumannya sangat berat. Tidak mencium baunya syurga apatah melihatnya.
Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:
"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahal bau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"
( Sahih Muslim, bab jahanam dari kitab A;aadzal laahu minhaa 17:190 )