ARTIKEL SEBELUM

5/08/12

Gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan ?

Adakah gambar ini menyebabkan Najib jadi lembut pada negeri Kelantan ?

" Sultan Muhammad V pernah bertitah supaya gas didaratkan di pantai Bachok. "



Tiba tiba je Najib suruh wakil kerajaan negeri kelantan berjumpa dengan kerajaan pusat bincang pasal royalty minyak,Binggung aku memikirkannya ,apa strategik atau muslihat Mat Monggol  adakah beliau ikhlas atau buang tabiat ?

Adakah berkat doa dari rakyat Kelantan dapat melembutkan hati Mat Monggol  ? atau adakah Najib merasakan isu royalty yang menjadi liabilty kepada Umno Kelantan sehingga sekarang masih gagal merampas dari Pas.


Kerajaan Pas Kelantan telah lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepada negeri Kelantan namun Kerajaan Pusat hanya membayar hasil minyak dalam bentuk wang ehsan bukan royalti  itu pun bukan melalui terus kepada  kerajaan negeri sebaliknya melantik agen umno iaitu JPP mengagihkan wang itu.

Janji ditepati bagi aku hanya slogan jenaka dari Najib kerana dalam isu wang royalty cukup mengambarkan sikap bermuka muka kerajaan BN terhadap kerajaan yang di pimpin oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.Paling terserlah sikap munafik kerajaan BN ialah sikap suka melanggar perjanjian yang dimeterai bersama. 

Masihkah  anda ingat bagaimana Negeri Trengganau sekian lama mendapat hasil wang royalty dimasa diera pemerentahan BN tetapi apa bila Negeri Ganu dirampas oleh Pas tiba tiba wang royalty di tukar kepada wang ehsan bila Kerajaan BN merampas Ganu kembali wang ehsan ditukar kembali kepada royalty ..."ptuih...  perangai macam Abdullah Ubai bapak  munafik."

Sepatutnya tak perlu Najib memanggil wakil Kerajaan Kelantan untuk berbincang ? bukankah didalam perjanjian diantara Petronas dengan setiap negeri yang menghasilkan minyak secara automatik akan memdapat 5% dari hasil keuntungan mengikut harga pasaran minyak dunia.

Semakin hari kerajaan BN dilihat semakin terdesak ,duit banyak dihabiskan untuk menambat hati rakyat tetapi kerajaan BN tidak dapat melihat hasil , rakyat semakin hari semakin menjauhi BN malah menteri pun berpaling tadah dengan menyertai kem pembangkang.Mandat memerentah yang dimiliki oleh Kerajaan BN hanya tinggal 7 bulan namum Najib masih tercari cari hari dan waktu untuk diadakan PRU 13.

Berbalik kepada isu minyak aku harap kerajaan pusat jangan berdolak dalih ,jangan berperangai seperti orang munafik yang suka memungkiri perjanjian dan menipu rakyat ,kelak akan menjahanamkan Parti BN yang dilihat semakin Nazak muktahir ini.















Najib hantar surat minta wakil bincang royalti






KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya, Rosdi Mohamad.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini.Beliau juga turut memaklumkan berita ini dalam tazkirah Subuh yang disampaikan beliau sebaik sahaja selesai solat Subuh di Masjid Pulau Melaka, bersebelahan rumahnya pagi ini.

Kelantan sejak sekian lama memperjuangkan agar Petronas membayar royalti minyak kepadanya berdasarkan telaga minyak yang ada berdekatan dengan pantai Kelantan.Namun, kerajaan Pusat hanya membayar wang ehsan kepada wakilnya, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ada di Kelantan dan bukannya kepada kerajaan negeri sebagaimana yang tercatat dalam perjanjian.

Ekoran itu, Kerajaan Negeri Kelantan telah memfailkan saman terhadap Petronas namun kerajaan pusat memohon untuk menjadi defendan bersama.Baru-baru ini, anggota Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah meminta kerajaan pusat menyelesai isu royalti Kelantan ini sebelum pilihan raya umum ke 13.

"Surat ni diterima oleh Setiausaha Sulit saya, Encik Rosdi (Mohamad). Tetapi kerana hari cuti, dia baru bagi kepada saya," kata Tuan Guru Nik Aziz .Sebelum menghantar wakil Kelantan untuk berunding, Tuan Guru Nik Aziz berkata, beliau akan menghadap Tuanku Sultan Kelantan untuk membincangkan perkara ini.



Yang menariknya, istilah yang digunakan dalam surat ini adalah pembayaran 'bayaran tunai'.Jawatankuasa ini pula akan bersidang dalam tempoh enam bulan bagi menentukan pembayaran ini.


Reaksi


Sementara itu, Tuan Guru Nik Aziz menyambut baik keputusan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai keberkatan bulan Ramadhan."Semoga Allah membuka pintu hati kerajaan Pusat selepas jawatankuasa ini bersidang," katanya.

Beliau juga beranggapan, apa yang berlaku ini sedikit sebanyak adalah berkat doa rakyat Kelantan termasuk 40 orang ulama yang pergi ke Mekah sebelum ini untuk bermunajat kepada Allah agar diselesaikan isu ini segera.

Beliau juga meminta semua rakyat Kelantan terus berdoa agar pembayaran royalti ini menjadi kenyataan.

Tuan Guru Nik Aziz juga berkata, beliau sangat gembira jika bayaran royalti ini menjadi kenyataan tetapi sedar ia adalah satu amanah besar dari Allah."Harta kerajaan ini tidak boleh buat pandai-pandai, harta sendiri pun tidak boleh buat ikut sedap je," kata beliau.




Jadi kenyataan

Jika bayaran ini menjadi kenyataan bermakna apa yang dikatakan oleh dua wakil kerajaan Pusat di Kelantan selama ini bercanggah dengan surat Perdana Menteri ini, kata Tuan Guru Nik Aziz.

"PM nak buat jawatankuasa khas, Timbalan Menteri (Datuk) Awang Adek kata sudah bayar wang ehsan.

"Seorang lagi Menteri (Datuk Mustapha Mohamad) pula mengaku dalam DUN, dia yang sekat," kata Tuan Guru Nik Aziz.
http://harakahdaily.net/index.php/headline/12207-najib-hantar-surat-mintar-wakil-bincang-royalti

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud