Tiba tiba ahli Parlimen Bacok Ust Nasarudin Mat Isa hentam dan sindir partinya sendiri. Buletin Utama semalam telah menyiarkan ulasan dari YB Bacok mengenai isu hudud dan beliau dengan jelas mengkritik dasar Pas yang bersekongkol dengan Dap dalam isu hudud. Beliau mahukan Pas keluar dari gabungan Pakatan Rakyat kerana dengan jelas Dap tak sokong Hudud kata nya .
Diam diam tetapi berisi inilah watak Nasarudin Mat Isa berbanding dengan Hasan Jati yang terang dan agresif menyerang dan hentam Pas . Selama ini beliau mengambil sikap berdiam diri, tetapi hari ini watak ahli Parlimen Bacok ini terserlah dengan terang dan jelas beliau telah menyakiti hati ahli dan pemimpin Pas.
Aku dah lama meluat dengan Nasa yang tergila gila dengan projek kerajaan perpaduan dengan Umno [gang UG], hari ini kebanyakan FB dan blog keluar gambar Nasarudin bersama PM melawat keluar negara membuatkan aku bertambah meluat manusia ini. Dengan tersiar gambar serta komen beliau mempertikai dasar Pas maka mimpi beliau ingin bersama dengan umno semakin tercapai.
Aku menyokong kenyataan dari Dewan Pemuda Pas Kelantan agar Nasarudin menjelas pendirian beliau sama ada mahu bersama Pas atau sebaliknya.Sepatutnya Ust Nasa tak layak berada dalam jemaah Pas lagi, Sepatutnya bukan parti Pas yang kena keluar dari Pakatan Rakyat sebaliknya beliau [Nasarudin Mat Isa] yang patut keluar dari jemaah Pas itu yang sebenarnya bagi pendapat aku.
Menurut sumber tak rasmi beliau akan mengumumkan keluar parti dan akan menyertai Umno dalam masa terdekat.Jika benar beliau akan menyertai umno maka cita cita beliau yang inginkan kerajaan perpaduan bersama umno akan tercapai tetapi bukan bersama Parti Pas sebaliknya untuk dirinya sendiri.
Pi mampuih la lu Osatad Nasa ....
Pemuda PAS Ktan minta Nasharuddin lepas MP Bachok
KOTA BHARU: Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) meminta bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menyatakan pendiriannya dengan jelas samada masih ingin bersama PAS atau membawa haluan yang bertentangan dengan kehendak parti.
"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," kata Setiausahanya, Mohd Nuri Mat Yaacob dalam kenyataannya yang dihantar kepada Harakahdaily.
Beliau mengulas kenyataan Nasharudin yang dikeluarkan oleh beliau seperti yang tersiar di dalam Buletin Utama TV3 hari ini di mana beliau mencadangkan agar PAS keluar dari Pakatan Rakyat jika DAP menentang hudud.
Beliau juga dilihat bersama-sama dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak di Mekah sedangkan pada awal Ramadhan lalu beliau telah pergi ke sana.
"DPPNK melihat cadangan beliau tersebut hanyalah mengulangi hujah-hujah yang diratib oleh pemimpin-pemimpin Umno selama ini.
"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan BN lah yang sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini," kata Nuri dalam kenyataannya.
Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro Umno sejak kebelakangan ini, DPPNK melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama PAS atau sebaliknya.
"Jika beliau sudah tidak berminat bersama-sama dengan PAS, amatlah wajar untuk beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok daripada terus menerus mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat Bachok di dalam PRU12 yang lalu," katanya.
Bagi DPPNK, katanya, PAS sedikitpun tidak rugi jika individu seperti beliau mengangkat kaki meninggalkan parti.
Dalam kita sibuk sibuk berbicara hal ahli MP BN lompat parti di Malaysia Timur
Hasan Jati disingkir dari keahlian parti dan terus bergerak aktif menyerang kepimpinan parti Pas dan Pakatan Rakyat , tetapi Osatad ini memgambil pendekatan yang berbeza dari Hasan Jati@Hasan Aqidah ,beliau mengambil pendekatan berdiam atau low frofile . [Harakah daily]