ARTIKEL SEBELUM

5/07/12

Tidak berbaloi !! Meringkuk dipenjara kerana curi Nescafe





KUALA TERENGGANU - Tidak berbaloi! Disebabkan empat bungkus Nescafe Classic yang hanya bernilai RM91.96, seorang buruh terpaksa meringkuk di penjara selama dua minggu dan didenda RM3,000 atau gagal bayar dipenjara selama sebulan.

Tertuduh, Mohd Normi Ismail @ Mohd Nor, 34, dari Kampung Ladang Hospital, di sini, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah mencuri empat bungkus Nescafe Classic milik Pasar raya Giant Jalan Sultan Mohamad di Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Dia mengaku mencuri Nescafe Classic itu yang beratnya 300 gram dengan nilaian keseluruhan RM91.96 pada Sabtu lalu iaitu 30 Jun baru-baru ini lebih kurang jam 5.30 petang. Dengan itu, dia yang turut didapati positif dadah jenis  morfin mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara boleh sampai 10 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Pengawal Keselamatan bertugas iaitu Masniliza Mat Rani, 35, telah nampak tertuduh keluar dari kaunter pembayaran tanpa membuat sebarang pembayaran.

Masniliza telah meminta bantuan seorang lagi rakannya yang bertugas, Atan Boto untuk menahan tertuduh dan pemeriksaan ke atas badannya berjaya menemui empat bungkus Nescafe Classic yang disorokkan di dalam bajunya.

Masniliza terus menghubungi Balai Polis Chabang Tiga, di sini, dan menyerahkannya kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya._SH


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud