ARTIKEL SEBELUM

16/07/12

Latheefa Koya letak jawatan ahli majlis

Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR Latheefa Koya meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berkuat kuasa serta merta ketika beliau dikatakan akan disingkir daripada jawatan itu.

NONE
"Saya faham bahawa kamu dan exco mempertimbang untuk menyingkirkan saya sebagai ahli majlis dalam MBPJ.



"Ini sudah menjadi pengetahuan umum dan bahan spekulasi. Dengan keadaan ini, kedudukan saya sebagai ahli majlis MBPJ tidak dapat lagi dipertahankan," katanya.



Latheefa tidak menyentuh secara langsung sebab peletakannya tetapi menyebut sepintas lalu berhubung isu perumahan rakyat miskin. 



Perkara itu, tambahnya, pernah dihantarnya melalui e-mel kepada kepimpinan tertinggi PKR baru-baru ini- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud