ARTIKEL SEBELUM

10/07/12

Jangan ikut rentak BN tabur duit pada kroni

(Oleh Norutul Ilham)
SHAH ALAM \: Kerajaan Selangor diingat supaya tidak mengikut rentak Kerajaan Pusat mengagihkan keuntungan kepada kroni dengan menggunakan peruntukan daripada bajet tambahan berjumlah RM13 bilion yang dibentang di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali berkata, peruntukan Perbekalan Tambahan (2012) oleh Kerajaan Pusat itu langsung tidak memberi keuntungan kepada rakyat, sebaliknya untuk mengkayakan kroni.

“Saya tidak mahu peruntukan tambahan yang akan dikeluarkan kerajaan negeri mementingkan pihak tertentu.
“Jangan jadi seperti Umno Barisan Nasional yang mementingkan kroni mereka,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2012 di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau mengambil contoh penganugerahan Kerajaan Pusat kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary yang mendapat projek gula.

“Atas dasar kononnya mahu berikan kepada Bumiputera, kerajaan ambil daripada bapa gula, Robert Kuok dan berikan kepada Syed Mokhtar.
“Tapi apa jadi? Atas nama kontrak diberikan kepada Melayu, sudah empat kali harga gula naik, berlainan masa Robert Kuok yang pegang,” kata Ahli Parlimen Gombak itu lagi.

Kata beliau, keputusan itu dibuat kerajaan tanpa memikirkan kesannya kepada rakyat, yang akhirnya dibebani mereka.
“Kerajaan Pusat menggunakan kuasa majoriti dalam Parlimen, tapi kroni dapat berbilion. Sama juga kesnya dengan teksi.
“RM13 bilion ini langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat tapi lebih kepada kroni. Pemandu teksi bukan mahu tayar tapi permit,” katanya yang menerima aduan, hanya tiga tayar sahaja boleh dibeli dengan wang yang diperuntukkan
kerajaan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud