ARTIKEL SEBELUM

4/07/12

Enggan mohon maaf, Murad diminta berhenti jadi alat Umno

KUALA LUMPUR 4 Julai: Seperti yang dijangka, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid terus berdiam diri berhubung dakwaan terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya memiliki ‘master account’ RM3 bilion.
Datuk Murad Khalid
Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, keengganan Murad memohon maaf kepada Anwar adalah kerana beliau sedar tindakannya sebelum ini tidak betul.
“Murad takut kerana risau dengan ancaman saya yang janji nak dedahkan salah laku beliau kepada rakyat,” kata Rafizi.
“Saya boleh terima jika beliau enggan memohon maaf, tapi dengan syarat beliau tidak mengulangi perbuatannya, cukuplah jadi alat fitnah Umno,” jelas Rafizi.
Bagaimanapun, kata Rafizi, beliau akan tetap mendedahkan bukti penyelewengan Murad yang didedahkan sebelum ini.
“Saya sedang meneliti kertas siasatan dan bukti. Kita akan dedahkan mana yang sesuai sebagai bukti kepada pendedahan sebelum ini, supaya orang tak cakap kita fitnah,” katanya.
“Saya juga tak berniat nak memalukan beliau (Murad), tujuan pendedahan ini cukup sekadar supaya dia faham dan menghentikan semua fitnah,” jelasnya kepada Keadilan Daily.
“Tapi jika Murad masih meneruskan tindakannya, saya jamin itu bererti beliau sedang membuka aibnya sendiri,” kata Rafizi lagi.
Jun lalu, Rafizi mendedahkan penyelewengan Murad selama memegang jawatan Penolong Gabenor dan antara penyelewengan itu termasuk habuan dalam bentuk pembayaran kelab golf dan yuran bulanan dari pihak ketiga.
Selain itu, insurans kediaman Murad berjumlah RM3.1 juta dibayar pihak ketiga yang jelas melanggar etika dan peraturan Bank Negara.
Murad juga mendapat manfaat dari 15 unit kondominium di Pelangi Indah Condo melalui syarikat Kenworth Sendirian Berhad di mana beliau ada kepentingan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud