ARTIKEL SEBELUM

6/07/12

DAP dedah satu lagi kes Umno beli tanah murah

 
 
 
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim mendedahkan satu lagi dakwaan urusniaga tanah yang menurutnya tidak wajar, melibatkan Umno bahagian Tanjung Karang di Selangor, yang membabitkan 1.2 hektar yang dibeli oleh bahagian tersebut pada harga diskaun sebanyak RM3.17 juta pada tahun 2001.

Umno bahagian berkenaan hanya membayar premium sebanyak RM130,244 untuk tanah komersial sewaktu pentadbiran BN sebelumnya, walaupun harganya pada awalnya telah ditetapkan pada RM3.3 juta, berdasarkan nilai pasaran.

NONE
Ng (kanan dalam gambar) berkata Umno Bahagian Tanjung Karang pada mulanya memohon untuk membeli tanah kerajaan negeri berdekatan Jalan Sungai Kajang pada 31 Mac 2001, dan ADUN Sungai Burong pada masa ini, dari Umno, Datuk Mohd Aini Taib merupakan orang utama dalam urusniaga tersebut.

Kerajaan negeri Selangor, melalui majlis tindakan ekonominya, meluluskan permohonan itu pada 3 Julai 2001 dan satu penilaian pasaran dibuat oleh jabatan berkaitan, yang meletakkan harga tanah itu pada RM3.3 juta.

Bagaimanapun, bahagian Umno tersebut merayu supaya harganya dikurangkan dan kerajaan negeri meluluskannya pada bulan April 2002.

"Akhirnya, kerajaan negeri membenarkan premium bagi tanah itu dikurangkan kepada RM1 satu kaki persegi, dan Umno bahagian hanya perlu membayar sejumlah RM130,244," kata Ng  hari ini.

Ng menggesa ketua Umno bahagian Tanjung Karang sekarang, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Tani, Datuk Noh Omar, supaya menjelaskan mengenai urusniaga tanah tersebut
 
Malaysiakini.com 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud