ARTIKEL SEBELUM

18/07/12

Video remaja kena belasah dlm lokap ?




Gambar hanya hiasan


Bila ada tahanan mati dalam lokap semasa dalam siasatan polis yang selalu kita dengar hasil soal siasat dari pihak berkuasa pasti menjurus mengatakan kematian mengejut atau kematian akibat radang paru paru dan sebagainya.Banyak kes kematian semasa dalam tahanan menimbulkan keraguan dan kesangsiang orang awam .Adakah benar apa yang selalu dilaporkan oleh pihak berkuasa jika ada kes tahanan mati mengejut semasa dalam siasatan.

Kebiasaanya tangapan orang ramai akan merasa cukup selamat bila berada di kawasan polis adakah itu benar? tetapi dalam dalam kes ini mungkin tanggapan itu meleset sikit ,(lihat video) mimpi ngeri bagi dua tahanan reman ini.Mereka di pukul dan diteranjang seperti binatang .

Rakaman itu menunjukkan bagaimana remaja yang ditahan dan dalam keadaan bergari disepak kuat berulang kali mengakibatkan remaja itu tertiarap.Dialog remaja yang disepak berulang kali itu juga disuruh oleh anggota Polis yang merakam video itu agar menjilat kembali ludahnya di atas lantai.

Teringat balik kisah Teoh Beng Hock yang mati semasa tahanan , ini cuma andaian aku ,mungkin bergini rupanya yang terjadi pada mendiang sehingga beliau mati semasa tahanan ?Tetapi bukan semua angota polis berperangai busuk sedemikian ini hanya segelintir sahaja.Diharap KDN menyiasat kes ini kerana dari segi tutur bahasa polis dalam video ini adalah mirip angota polis Malaysia.

Apakah jaminan dari pihak berkuasa kepada keluarga kita atau sesiapa yang ditahan untuk siasatan akan pulang dengan selamat jika ditahan untuk soal siasat ?



Mesra Cepat Betul …

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud