ARTIKEL SEBELUM

23/06/12

WWW 1 - Mohon menghadap: Belum ada maklum balas


IPOH – Pas Perak mengesahkan, sehingga kini belum menerima sebarang maklum balas berhubung permohonan menghadap Sultan Johor bagi menzahirkan permohonan maaf berhubung kenyataan Timbalan Pesuruhjayanya, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung bidaan nombor pendaftaran WWW 1.

Penolong Setiausaha Pemuda Pas Perak, Safarizal Saleh ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima apa-apa maklum balas berkaitan surat permohonan yang dihantar melalui faksimile pada 15 Jun lalu.

“Dalam surat permohonan itu ada menyatakan sebarang maklum balas boleh merujuk kepada saya, tetapi setakat ini saya boleh sahkan, tiada menerima sebarang maklum balas,” katanya.

Surat yang dialamatkan kepada Setiausaha Sulit kepada Sultan Johor, Jaba Mohd Noah itu antara lain menyatakan bekas Menteri Besar Perak itu memohon menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menjelaskan kesulitan yang berlaku berhubung konflik mesej Twitternya berkaitan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang menjadi milik baginda Sultan.

Sinar Harian dimaklumkan, buat masa ini, Mohammad Nizar gagal dihubungi setelah telefon bimbit peribadinya diambil polis Johor, 18 Jun lalu.

Safarizal berkata, pihaknya dimaklumkan, semua bahan bukti termasuk komputer riba yang diambil akan dipulangkan semula dalam tempoh seminggu daripada tarikh ia diambil.

“Buat masa ini, Twitter dan Facebook Datuk Seri masih aktif seperti biasa,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud