ARTIKEL SEBELUM

2/06/12

Tanpa K-Pop ratusan Ribu serbu Alor Star




Sejarah bagai tercipta di Stadium Darul Aman semalam,  di mana buat julung kalinya saya rasa satu perhimpunan yang besar telah diadakan oleh Pas dengan kebanjiran ratusan ribu memenuhi  Stadium Darul Aman  yang cukup luar biasa yang dianggap mencapai matlamat kerana lebih 100 ribu hadir sehinggakan masih ramai yang tidak dapat masuk kedalam stadium.

Semua yang hadir bukan dipaksa,mereka datang dari jauh dan dekat dengan kerelaan sendiri, terpaksa  berkorban wang ringgit sendiri  menuju ke Perhimpunan Hijau di Alor Setar semalam. Memang hebat tak perlu persembahan Artis K PoP serta program laghro untuk memujuk orang ramai datang ke perhimpunan. 

Himpunan yang penuh pengisian agama oleh oleh Ustaz Ustaz Azhar Idrus di ikuti dengan solat jemaah dan ucapan serta amanat dari pemimpin dan Presiden telah berakhir dengaa jayanya tepat jam 12 malam.

Semalam juga Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS di Stadium Darul Aman.

Akhir kata dari saya sebelum kita menunggu pengumuman pembubaran Parlimen olen PM,selepas ini patut dibuat dua perhimpunan seumpama ini lagi di dua  negeri Pakatan Rakyat. Kalau di Kedah dinamakan himpunan Hijau mungkin di P.Pinang kita boleh namakan himpunan "Merah DAP "di Stadium Batu Kawan serta himpunan "Biru Muda" oleh Keadilan di Stadium Shah Alam...

Gambar yang aku anggap paling menarik di Himpunan Hijau   iaitu tranformasi orang kuat Umno , tentu dia dapat merasa perbezaan diantara himpunan Umno dengan himpunan Pas yang tiada acara laghro.







Penuh lautan Hijau



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud