ARTIKEL SEBELUM

15/06/12

"Saya tunggu respons daripada istana.- Nizar

"Saya tunggu respons daripada istana. Kita tengah tunggu respons untuk mengadap," kata Dato Sri Nizar.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata beliau akan menjelaskan berhubung isu nombor plat WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor kepada baginda sendiri.

Semalam, ketika merasmikan sidang DUN Johor, Sultan Ibrahim melahirkan rasa murka kepada Mohammad Nizar yang mengkritik tindakannya membida nombor WWW1 bernilai RM520,000.

Sultan bertitah, tindakan tokoh PAS itu penghinaan kepada rakyat dan kedaulatan negerinya dan berharap timbalan pesuruhjaya PAS Perak itu memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.

Nizar sebelum ini menghantar surat permohonan rasmi untuk menghadap bagi membolehkannya menerangkan kedudukan sebenar isu itu, yang berpunca daripada tweetnya yang menyebut bahawa wang bidaan itu boleh digunakan membantu Melayu miskin.

Mengulas peringatan baginda Sultan, Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang berkata, sekiranya beliau diberikan ruang untuk membuat penjelasan mengenai kenyataan dalam mesej Twitternya itu, isu permohonan maaf terhadap rakyat Johor mungkin tidak akan timbul.

“Jika ada pihak yang pertikaikan tindakan ini, tidak mengapalah, yang penting saya sangat berbesar hati sekiranya diberikan ruang untuk menerangkan kedudukan sebenar dan ini juga satu proses keadilan untuk semua pihak,” katanya.





posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud