ARTIKEL SEBELUM

4/06/12

Karikatur WWW 1 Di Akhbar Kosmo!! Apa Tindakan Bakal Diambil Oleh Polis?




Sumber berita dari blogger Sisi Bukit Dua pegawai polis Johor akan mengambil kenyataan  Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Perak pada hari Rabu ini berhubung kenyataannya menerusi Twitter mengenai bidaan nombor pendaftaran kenderaan WWW 1 oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim.



Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Shariff, memberitahu pihak polis Johor telah menerima 39 laporan polis dan kenyataan daripada 39 orang mengenai kenyataan Nizar itu," katanya kepada pemberita hari ini.



Hari pula Dewan Pemuda Pas Perak telah membuat satu laporan polis berikutan sikap berat sebelah Polis yang enggan mengambil tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengeluarkan artikel dan sebuah karikatur yang mempersendakan pembelian nombor plat WWW1 oleh Sultan Johor, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk mensabitkan Dato Seri Nizar Jamaludin berikutan mesej yang disiarkan didalam Twitternya.


Naib Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat yang juga Timbalan Ketua Pemuda Pas Perak berkata, beliau hairan mengapa polis hanya mengambil tindakan terhadap mesej Twitter yang bersifat umum yang dikeluarkan oleh Dato Seri Nizar, sebaliknya tidak berbuat apa terhadap laporan Kosmo



Pemuda PAS Perak berharap agar pihak polis lebih professional dalam tindakan mereka dan tidak melakukan tindakan terpilih dalam menangani isu ini.



Ketika ditanya tentang pendirian Pemuda PAS Perak tentang isu ini, Dr. Raja Ahmad memberitahu, Pemuda Pas Perak sentiasa berpihak kepada rakyat Johor terutamanya yang membabitkan kepentingan rakyat Johor.



“Teguran Dato Seri Nizar adalah bersifat umum kalau dibandingkan dengan tindakan Umno yang memperlekehkan institusi Raja pada tahun 80an dulu. Mengapa tindakan tidak diambil terhadap pemimpin Umno yang jelas menjatuhkan martabat Raja, tidak ada tindakan terhadap akhbar Kosmo yang mengulas dengan panjang lebar, tetapi tindakan diambil terhadap Dato Seri Nizar? ” jelas beliau. Media Perak




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud