ARTIKEL SEBELUM

30/06/12

'Pulau Pinang kubu kuat PR sukar ditawan'

SHAH ALAM – Pulau Pinang adalah antara kubu kuat Pakatan Rakyat (PR) yang sukar ditawan semula oleh Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, berdasarkan kajian, terdapat lima negeri sukar ditawan.

Kelantan dan Pulau Pinang, menurut beliau, berada di kedudukan pertama dan kedua dalam senarai negeri PR yang tidak mudah ditawan BN.

“Ranking itu diikuti oleh Selangor, Kedah dan Perak. “Kedudukan itu dilihat berdasarkan kajian yang dibuat antara akhir Disember 2011 dan awal 2012 menerusi majoriti undi pada PRU 2008 dan sokongan rakyat kepada kerajaan BN,” katanya kepada Sinar Harian.

Selain itu katanya, kajian itu juga dilihat berdasarkan sokongan masyarakat Cina terhadap DAP yang masih kuat terutamanya di Pulau Pinang.

Beliau berpendapat demikian ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengenai masa depan parti itu dan juga kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kelmarin, Guan Eng berkata, beliau tidak mahu terlalu yakin boleh mentadbir Pulau Pinang selepas PRU13.

“Saya hanya percaya pada kiraan undi. Yang lain, saya tidak mahu rasa terlalu selesa. Kita masih 50-50 sebenarnya,” katanya. Ditanya mengenai peluang PR untuk terus berkuasa di negeri itu berbanding negeri lain, Guan Eng meletakkan kedudukan Pulau Pinang di tempat ketiga selepas Kelantan dan Selangor.

Shamsul Adabi menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Guan Eng itu hanya sebagai cakap-cakap politik.

“Beliau dilihat sedang bermain wayang, jadi pihak lawan diingatkan untuk tidak terlalu selesa dengan kenyataan itu.

“Bagaimanapun, BN masih berpeluang menawan kembali negeri-negeri di bawah PR ini dengan menyusun langkah yang betul dalam menangani isu-isu yang berbangkit menjelang PRU13,” katanya.-sh

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud