ARTIKEL SEBELUM

21/06/12

PAS HANYA JADI PENCUCI “NAJIS” DALAM PAKATAN PEMBANGKANG ?

selagi Pas terus bersahabat dan menjadi sekutu bersama DAP dan PKR selagi itulah parti tersebut akan menjadi bahan politik kepada pembangkang.

Ini kerana Pas seolah-olah dilihat menjadi ramuan berguna dalam usaha pembangkang khususnya usaha terdesak Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim untuk menjawat jawatan Perdana Menteri.

Apa yang menyedihkan lagi bukan sahaja barisan kepimpinan Pas, malah ahli serta penyokong mereka juga turut terheret ke kancah yang sama yang akhirnya kelak bakal memberi implikasi yang amat besar kepada hala tuju perjuangan Pas.

Jika Pas benar-benar mahu memperjuangkan Islam, mereka tidak akan bersekongkol dengan pemimpin kafir harbi sanggup menghalang pembinaan Sekolah Agama Rakyat.Pemimpin Pas perlu bermuhasabah daripada sekarang dan bukannya masih lagi main tarik tali demi perjuangan Pas.

Petikan di atas dari Blog sungairapat online berkaitan isu SAR Taman Pegoh Aman.


Dibawah jawapan kepada isu diatas oleh Pas Gopeng kepada YB Hamidah Osman. 


Fikir fikirkanlah.....




Salmiyah Harun,

IPOH: PAS Gopeng mempertahankan prinsip Islam apabila menyokong sekumpulan penduduk yang mempertahankan tanah mereka daripada dirampas walaupun untuk membina sekolah agama.

Prinsip itu adalah menentang assobiyah iaitu tidak membela kezaliman yang dibuat hatta untuk kepentingan golongan sendiri.

Namun PAS kawasan itu tidak pernah membantah usaha mana-mana pihak sama ada kerajaan Umno BN ataupun Pakatan Rakyat yang mahu membina sekolah apatah lagi Sekolah Agama Rakyat (SAR).

Bagaimanapun dalam isu kononnya PAS dan PKR membantah pembinaan SAR di Taman Pegoh Aman, Ipoh di atas tapak sebuah padang awam telah disalah ertikan.

Semalam Utusan melaporkan PAS membantah pembinaan sekolah agama rakyat di Gunung Rapat.

Menurut Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gopeng, Radzi Zainon, yang turut terlibat dalam kemelut itu, menafikan sekeras-kerasnya mereka membantah pembinaan SAR sebagaimana yang dilaporkan akhbar milik Umno itu.

Apa yang tidak dipersetujui PAS dalam hal ini, katanya tindakan pihak terbabit yang mengambil tapak padang tersebut tidak mengikut prosedur yang sah.

"Cara mereka mengambil tanah tersebut tidak ikut prosedur, (seolah-olah dirampas sahaja) dan saya hanya melahirkan simpati terhadap penduduk disitu,"katanya.

Radzi pernah didatangi penduduk terbabit sambil menceritakan kekecewaan mereka apabila memorandum bantahan pembinaan sekolah yang dihantar kepada Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman, langsung tidak diendahkan.

Pada 4 Mei 2012, penduduk telah menghantar memorandum kepada Hamidah meminta diadakan sesi dialog bersama penduduk, malangnya ia telah tertangguh selama dua minggu.

Beliau juga difahamkan tahan lapang itu adalah milik penduduk bersama selepas mereka membayar lebih RM1000 kepada pemaju bagi mendapatkan tanah itu.

"Adun BN berkenaan tidak hirau langsung masalah penduduk terbabit, akhirnya mereka datang jumpa PAS dan Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye," katanya.

Ekoran itu, PAS dan PKR telah membuat sidang media pada 29 Mei 2012 di padang Taman Pegoh Aman dan disertai oleh seramai 80 penduduk tempatan.

Bahkan, beliau juga dimaklumkan pihak Datuk Hamidah telah mengumumkan perutukan RM100 000 untuk membina sekolah agama secara tergesa-gesa.

Tambahnya, sekolah terbabit dibina dalam keadaan tanpa perancangan awal sepertimana jawatankuasa SAR yang biasa, tanpa prosedur Majlis Bandaraya Ipoh, Jabatan Kerja Raya, dan Bomba.

"Tanpa pagar keselamatan atau papan tanda projek yang selalunya mengambil masa enam bulan hingga setahun. Projek tersebut dibuat tanpa sesiapa tahu apakah status bangunan dan untuk apakah bangunan misteri itu dibina.

"Jika ditinjau dari segi pengalaman Jawatankuasa SAR Desa Perlancongan, jangkamasa untuk memohon tapak sahaja memakan masa hingga setahun," katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud