ARTIKEL SEBELUM

15/06/12

Nik Aziz setuju penyokong Pas tangguh haji

KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju jika penyokong parti Pas membatalkan niat untuk menunaikan haji jika pilihan raya umum ke-13 diadakan pada musim haji tahun ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak mengeluarkan arahan rasmi supaya mereka berbuat demikian kerana ia terserah kepada pucuk pimpinan parti.

Nik Aziz berkata, Islam tidak mewajibkan mereka pergi mengerjakan Haji setelah nama mereka tersenarai sebagai jemaah haji oleh Tabung Haji pada tahun berkenaan.

"Malah, Nabi Muhammad sendiri menunaikan haji pada tahun ke-10, sedangkan ayat mengenai wajib haji turun pada tahun keenam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program MASS CPR peringkat Negeri anjuran St John Ambulans Malaysia (SJAM) di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata, ibadah haji boleh dilakukan bila-bila masa, walaupun ia wajib dan menjadi rukun Islam kelima.

Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru didakwa meminta anggota Pas yang terlibat secara langsung dengan pilihan raya supaya menangguhkan ibadah haji.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud