ARTIKEL SEBELUM

17/06/12

Bekas Ketua Jamaah Nazir, Tokoh Guru Negeri Perak 2011 isytihar secara rasmi sertai PAS



Tuan Haji Ahamad Zabidi bin Shansuddin mantan Ketua Jemaah Nazir Kementerian Pelajaran Malaysia yang pernah menerima anugerah Tokoh Guru Negeri Perak 2011 mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi semasa Himpunan Hijau negeri Perak di Markas PAS Bagan Masjid Tinggi , Bagan Serai.

Haji Ahamad Zabidi yang pernah menjadi Pengarah JPN Terengganu diberi peluang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Turut mengisytiharkan secara rasmi menyertai PAS adalah Tuan Haji Nazri Nordin bekas AJK Bahagian UMNO Goepeng yang selama 30 tahun bergelumang di dalam UMNO.

Lebih 10 ribu berhimpun di Markas PAS Bagan Serai menyertai Himpunan Hijau yang bermula dengan himpunan pesawah pada sebelah pagi.


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud