ARTIKEL SEBELUM

20/06/12

Anwar cabar MP BN bangkit isu RM3 bilion



KUALA LUMPUR 20 Jun: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Ahli Parlimen Barisan Nasional (MP BN) berdiri untuk membangkitkan isu RM3 bilion di Dewan Rakyat.
Cabaran itu dibuat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu ekoran terdapat beberapa suara sumbang daripada MP BN yang cuba mengaitkan tuduhan itu ketika beliau sedang berbahas.

“Sila-sila…Sila bangun Yang Berhormat. Bangkitkan isu ini. Saya cabar kepada Yang Berhormat semua,” cabar Anwar.
Bagaimanapun, tiada seorang pun MP BN berani mengemukakan bukti mengaitkan beliau dengan tuduhan itu.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud