ARTIKEL SEBELUM

4/06/12

3000 penuhi ceramah PR di Pekan kecil Batu Lima

PARIT BUNTAR : Ceramah Pakatan Rakyat yang diadakan di Batu Lima, sebuah pekan kecil di Parit Buntar telah mendapat sambutan yang hebat dari orang ramai.

Setiausaha PAS Parit Buntar Azhari Hadi berkata, kehadiran dianggarkan melebihi 3000 orang itu menjadikan orang ramai bersesak-sesak memenuhi ruang tempat yang kecil.

“ Ia menunjukkan minat rakyat semakin meningkat terhadap politik negara. Apatah lagi PRU 13 semakin hampir dalam tempoh sembilan bulan sahaja lagi.
“ Oleh itu rakyat masing-masing ingin mendengar penerangan khasnya dari PR tentang kebajikan dan peluang yang akan diperolehi oleh mereka andainya PR dapat mengambil alih Putrajaya “ katanya

Azhari berkata, Ceramah PR yang disampaikan oleh Ketua Srikandi Keadilan Siti Aisyah Shaik Ismail dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak Akmal Kamaruddin telah memuaskan hati hadirin yang hadir.
“ Mereka mendengar berkaitan dengan tawaran yang akan dijanjikan kepada rakyat oleh Kerajaan PR jika dapat memerintah Malaysia.

“ Perbandingan dibuat dengan kerajaan UMNO/BN sekarang ini yang hanya mengenyangkan segelintir golongan kroni sahaja tanpa mempedulikan nasib rakyat keseluruhannnya.” Katanya
Menurutnya, peluang selama lebih 50 tahun telah disia-siakan oleh UMNO/BN dan kini telah tiba giliran PR pula untuk menunjukkan kepada rakyat negara ini kehebatan pentadbiran sebagaimana yang dapat dilihat di negeri-negeri yang PR perintah dalam masa yang singkat.

“ Apa yang telah dibuat oleh Kerajaan PR walaupun baru mentadbir dalam tempoh yang pendek, sangat-sangat telah menyakinkan rakyat berbanding dengan UMNO/BN yang telah lama memerintah.
“ Nampaknya hayat UMNO/BN di negara ini makin menghampiri penamatnya” katanya




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud