ARTIKEL SEBELUM

10/05/12

Sifat Kebudak-budakan Umno Serlahkan Politik Kotor Parti Itu

 Tindakan kumpulan Umno-BN menimbulkan kekecohan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tempoh hari menyerlahkan sikap parti itu sebagai politik lama lagi tua yang gagal berhujah, kata Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, keputusannya menyerahkan memorandum yang mewakili 29 pertubuhan lain kepada polis adalah bagi mendesak mereka menahan anggota yang melakukan rusuhan ke atas orang awam semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Namun menurutnya, pada hari kejadian, SAMM dimaklumkan beberapa ‘front’ Umno-BN diketuai salah seorang exco pemuda pusat cuba mencipta kekecohan dengan mengganggu proses penghantaran memorandum yang dirancang.
“Ketika menghampiri pintu Bukit Aman, kami diserbu berpuluh-puluh orang Umno-BN yang bertindak memaki hamun. Seperti yang dijangka, polis ‘terpaksa’ akur dan berlembut dengan kumpulan ini kerana mereka semua berlindung di sebalik menteri regim penguasa.
“Tidak mempedulikan Umno yang terjerit terlolong, saya fokus untuk menerangkan kepada wakil Bukit Aman mengenai memorandum yang mewakili 29 pertubuhan anak muda dan mahasiswa tersebut. Memorandum diterima dan salinan penerimaan ditandatangani, namun kumpulan ini terus terjerit-jerit tanpa menghormati kehadiran wakil Bukit Aman,” ujarnya.
Malah, semasa sidang media ringkas diadakan di hadapan ibu pejabat polis Bukit Aman, kumpulan Umno-BN itu masih terjerit dan terlolong bertindak kasar terhadap anggota polis.
Dalam pada itu Chegubard turut menegaskan, SAMM bersama beberapa pertubuhan lain tidak sama sekali anti-polis, sebaliknya kurang senang terhadap keganasan beberapa anggota yang bertugas semasa perhimpunan BERSIH 3.0.
“Kami menyedari polis dipaksa bertindak ke atas telunjuk regim walaupun dalam banyak keadaan mereka tidak redha. Apa yang kami lakukan ialah membantu mendesak ke arah mewujudkan sebuah institusi keselamatan yang unggul demi masa depan negara.
“Tidak kira siapa memerintah, polis seharusnya bertindak berdasarkan keperluan perundangan dengan memahami konsep keadilan dan kemanusiaan yang tinggi,” tegasnya. TVS

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud