ARTIKEL SEBELUM

18/05/12

Scorpene: Mahkamah Perancis mula perbicaraan pembabitan Najib kes rasuah RM800 juta

KUALA LUMPUR 18 Mei: Media antarabangsa melaporkan, Mahkamah Perancis memulakan perbicaraan rasuah USD200 juta (RM800 juta) pembelian dua kapal selam dan pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibu membabitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Laporan daripada Vancouver Sun itu menyebut Hakim Roger Le Loire dan Tournaire Serge, yang sangat berpengalaman dalam penyiasatan kes rasuah dan hak asasi manusia, cuba mendapatkan bukti jika syarikat pembuat kapal Perancis DCNS membayar rasuah untuk mendapatkan kontrak membekalkan dua kapal tersebut kepada tentera laut Malaysia.

Siasatan mereka akan mengambil masa dua tahun dengan pengumpulan bukti oleh polis Perancis.
“Perjanjian itu dilakukan ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan dan perhatian difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh rakan rapat Najib dan penasihat dasar, Abdul Razak Baginda,” laporan itu dipetik.

Keadilandaily

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud