ARTIKEL SEBELUM

31/05/12

Pemimpin DAP S'gor cedera diserang di Klang

Dua pemimpin DAP Selangor V Ganapathi Rao dan saudaranya V Papparaidu (gambar), yang mengetuai kumpulan serpihan Hindraf Malaysian Indian Voice (MIV) mengalami keretakan tulang selepas didakwa dikasari tiga penyokong BN di Klang malam tadi.

 penyerang yang bersenjatakan pengunci kereta dan objek besi menyerang mereka berdua di simpang dekat Taman Mutiara.

ganabatirao attack in klang 310512 01
Akibat serangan kira-kira 10 minit, Ganapathi Rao mendakwa menderita patah tulang hidung, bengkak rahang dan lebam manakala tangan kanan Papparaidu patah dan terkehel di bahu.

Kedua-duanya dimasukkan ke hospital di Klang. Ganapathi Rao dibenarkan pulang hari ini.

Ganapathi Rao mendakwa penyerangnya tidak gembira dengan mereka kerana perhimpunan anjuran MIV Ahad lalu berjaya mengumpulkan lebih 1,000 bagi menyatakan sokongan kepada Pakatan Rakyat.



Malaysiakini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud