ARTIKEL SEBELUM

24/05/12

Najib Perlu Contohi Khairy Untuk Berdebat




SHAH ALAM  : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya mengikuti jejak langkah Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin yang berani berdebat dengan Ketua Pambangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika benar-benar ingin membentangkan secara jelas segala dasar atau polisi yang dilaungkannya selama ini.
Malangnya, menurut Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad, keengganan Najib untuk berdebat, bolehlah diibaratkan sebagai alasan seorang yang penakut.
“Kalau berani dan sememangnya segala hujah itu berfakta, silalah berdebat sepertimana yang ditunjukkan kedua-dua anak muda malam tadi iaitu saudara Rafizi Ramli dan Yang Berhormat Khairi Jamaluddin yang berdebat mengenai isu penghapusan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara).
“Walaupun YB Khairi dilihat lemah hujahnya, namun keberaniannya itu wajar dipuji dan wajar menjadi ikutan kepada pemimpin Umno/BN yang lain terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak,” ujar Idris yang ditemubual melalui panggilan telefon sebentar tadi.
Bagaimanapun, beliau berkata rakyat masih ragu-ragu akan keberanian Najib untuk menyahut cabaran debat daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Ianya ibarat menunggu bulan jatuh ke riba kerana sehingga kini tiada tanda-tanda langsung Najib akan turun berdebat secara depan-depan dengan Anwar.
“Sekadar menggunakan media untuk membalas kenyataan dan mengeluarkan kata-kata kosong tanpa hujah dan fakta itu adalah tidak sesuai dengan Najib sebagai seorang Perdana Menteri,” jelas beliau.
Sementara itu, mengulas isu debat PTPTN antara Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairi Jamaluddin, Idris berkata, ianya suatu permulaan yang baik untuk senario politik tanah air yang semakin ‘sakit’.
“Kalau dilihat budaya politik Umno/BN sekarang adalah kotor, dengan fitnahnya, budaya samsengnya, berbeza dengan Pakatan Rakyat yang sentiasa menyertakan fakta dan pelan lengkap sesuatu dasardibentangkan, malah setiap dakwaan juga pasti disertakan bukti dan hujah.
“Umno/BN pula memang dari dahulu lagi tidak mahukan budaya intelektual seperti ini dijadikan ‘gelanggang’ kerana mereka sedar mereka tidak akan mampu menang,” jelasnya lagi sambil menambah beliau yakin pimpinan PR bersedia pada bila-bila masa untuk berdebat dengan pimpinan Umno/BN.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud