ARTIKEL SEBELUM

9/05/12

Khalwat: Beego tidak mengaku bersalah

GOMBAK TIMUR-  Pelakon dan penyanyi, Beego mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini semalam, terhadap tuduhan berkhalwat di sebuah rumah, Febuari tahun lalu.

Selain Beego atau nama sebenarnya, Md Aszerul Nizam Abdullah, 32, dua lagi rakan lelakinya, Fikry Zainon dan Mohd Arsli Meor Atan Ahmad juga mengaku tidak bersalah atas tuduhan yang sama di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Hasrul Hafiszi Ahmad Kamal ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan menjelaskan mereka didakwa mengikut Seksyen 29 (1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 kerana berkhalwat.

Pada prosiding itu, dua rakan wanita mereka, Azlina Yazit @ Aziz dan Hadijah Mohamad Mokhar masing-masing berusia awal 30-an mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang sama.

Mahkamah mengarahkan Azlina dan Hadijah didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara.

Kedua-dua wanita tersebut kemudian membayar denda berkenaan.

Berdasarkan  fakta kes, kesemua mereka ditahan sekumpulan Pegawai Penguat kuasa Agama Islam Selangor di sebuah rumah di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini, jam 6 pagi pada 23 Februari 2011.

Mahkamah kemudian menetapkan 26 Jun 2012 untuk perbicaraan Beego bersama dua rakan lelakinya itu.

Beego yang pernah menganggotai kumpulan Phyne Ballerz mendirikan rumah tangga dengan Intan Shahira Mohd Shahrul Bahari pada 28 Disember 2007.

Perkahwinan mereka berakhir 16 Mac 2009 selepas Beego sah melafazkan cerai talak satu terhadap Intan Shahira.


Pelakon dan penyanyi, Beego

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud