memakai baru bergambar Tok Guru
Sempena aksi final Piala FA antara Kelantan dengan Sime Darby malam ini, NGO Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Kelantan (Gegar) mengadakan kempen mengumpul tandatangan di Stadium Bukit Jalil hari ini. Kempen tersebut sudah bermula sejak malam tadi dan akan berterusan sehingga malam kemuncak Perlawanan Akhir diatara Kelantan bertemu Sime Darby .
Sekurang-kurangnya 20,000 tandatangan sebagai sokongan terhadap usaha kerajaan negeri menuntut hak royalti negeri itu dari pada penyokong Kelantan yang hadir ke Stadium Bukit Jalil hari ini .
Mereka juga turut membuka khemah khas Royalti Minyak sebagai simbolik kempen dan mengadakan persembahan dikir royalti dan puisi royalti secara spontan di perkarangan stadium tengah hari ini.
10 ribu pelekat " huruf R " berwarna merah sebagai menuntut royalty serta pelakat boikot Petronas . Acara kemuncak mereka akan menaikan sepanduk gergasi menuntut kebalikan royalti ke bumi Kelantan.
pelakat boikot dan tuntut wang royalti