Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar tindakan terdesak Umno-Barisan Nasional menjadikan politik lucah untuk menjatuhkan musuh politik mereka, merujuk kepada fitnah yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
Menurut Anwar, politik lucah dan fitnah yang dilakukan Umno-BN bukan perkara baru, sebaliknya sudah menjadi budaya parti itu.
“Sekarang, Timbalan Presiden, Azmin Ali pula menjadi mangsa baru fitnah jahat mereka.
“Saya tidak nampak cara lain untuk menghentikan budaya ini, melainkan membuang Umno-BN dan juak-juak mereka dalam pilihan raya umum akan datang,” katanya, dalam ucapan di Malam Gala KEADILAN, bertempat di One World Hotel, Petaling Jaya semalam.
Azmin pada 4 Mei lalu menyaman Utusan Malaysia kerana menyiarkan berita dan gambar memaparkan adegan seks seorang lelaki dan wanita yang dikaitkan dengan beliau.Tindakan media kawalan Umno itu turut mendapat kecaman pelbagai pihak, yang dianggap mengulang semula taktik jijik yang pernah dilakukan terhadap Anwar Ibrahim.